Tajuk

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 4 | Tema : Keluargaku Sayang | Tajuk : Membantu Amalan Terpuji

Rancangan Pelajaran Harian


Mata pelajaran      :  Bahasa Melayu
Kelas                      :  4 Amanah
Tarikh                     :  28 Mac 2011 ( Rabu )
Masa                      :  8.40 – 9.40 pagi
Bilangan murid     :  33 orang
Tema                       : Keluargaku Sayang
Tajuk                      :  Membantu Amalan Terpuji


Fokus Utama : 

            8.1           -    Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.  
                              
    Aras 2 ( i )       -    Membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang
                                  diberikan.

    Aras 3 ( i )       -    Membina ayat majmuk dengan kata hubung.

Fokus sampingan : 

            5.1           -     Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi          
                                  yang betul dan memahami perkara yang dibaca.                    
           
Aras 1 ( i )           -   Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal
                                dan ayat majmuk dengan intonasi yang betul.
                                 

         11.1            -    Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik tentang sesuatu
                                  karya.

Aras 1 ( i )          -    Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.

Aras 1 ( ii )        -     Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik. 



Objektif  : 
    
Pada akhir pengajaran nanti murid-murid dapat :

1.         Membina 5 ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberikan.
2.         Menggabungkan 5 ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
3.         Membina sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk dengan tepat berdasarkan rajah tukar ganti yang disediakan.
4.         Menyatakan perkara menarik yang pernah dialami sewaktu membantu keluarga di rumah.
5.        Memecahkan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat majmuk  yang diberikan kepada ayat tunggal dengan jawapan yang betul.

Kemahiran bahasa :

•           Kemahiran mendengar
•           Kemahiran bertutur
•           Kemahiran membaca
•           Kemahiran menulis

Sistem bahasa

i.    Tatabahasa  -   Ayat tunggal, ayat majmuk
ii    Sebutan dan intonasi  - ayat penyata

Pengisian kurikulum :

Ilmu                 -   Pendidikan Moral
Nilai murni       -   Kasih sayang, bekerjasama
KBT                -   Pembelajaran  kontekstual : mengaitkan pengalaman sedia ada, hidup
                            berkeluarga

Bahan Bantu Mengajar    : LCD/ gambar,  lembaran kerja, kad perkataan, skrip lakonan spontan
Pengetahuan sedia ada     :  Murid merupakan ahli dalam keluarga masing-masing. Mereka
                                          telah mengetahui  peranan ahli keluarga masing-masing.





FASA


ISI KANDUNGAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Permulaan/ mencungkil idea

(5 minit )




Membantu Amalan Terpuji.



Cth:
Situasi di sekolah
- membawa buku cikgu
- membuang sampah
- mengelap meja
- menyusun kerusi  
   meja
   Dll.

1. Guru meminta beberapa orang murid memilih skrip lakonan spontan dan meminta murid lain meneka perbuatan tersebut.

2. Guru berbincang dengan  murid tentang  aksi dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.

3. Guru perkenalkan tajuk pelajaran


1. Murid  melakonkan aksi mengikut skrip yang  diberi dan murid lain meneka jawapannya.

2. Murid menyebut jawapan.

3. Murid membuat perkaitan.


BBM:
Kad skrip lakonan spontan

(rujuk
 lampiran 1)

Kecerdasan pelbagai;
Intrapersonal

Langkah 1
(7 minit)




Gambar Tunggal
(Aktiviti Di dapur)
- mengambil cawan
- mencucu pinggan
   mangkuk
- menggoreng sayur
- memotong buah
   tembikai
- menyediakan
   hidangan

1. Guru memaparkan gambar tunggal tentang amalan gotong-royong dalam sebuah keluarga ketika di rumah.

2. Guru  berbincang dengan murid tentang gambar dan meminta murid ke hadapan kelas untuk menerangkan gambar.

3. Guru meminta murid menyenaraikan aktiviti yang terdapat  dalam gambar mengikut watak.

4.Guru memaparkan jawapan penuh dan minta murid menyebut dan menyenaraikannya.


1. Murid memerhatikan gambar dan menjawab soalan guru.



2. Murid datang ke hadapan kelas untuk menyebutkan aktiviti mengikut watak dalam gambar.


3. Murid menyenaraikan jawapan secara lisan.

BBM: LCD

Teknik/strategi
Penyoalan secara terbuka kepada seluruh kelas dan individu



Langkah 2
(6 minit)

Binaan Ayat Tunggal
-Ayat Tungga ialah ayat yang terdiri drp 1 subjek dan 1 predikat.



Subjek    Predikat
KN          Aktiviti yang   
               dilakukan



1. Guru minta murid secara rawak untuk menjelaskan maksud ayat tunggal dan meneguhkan jawapan murid.

2. Guru memberi penerangan tentang ayat tunggal dan meminta murid memberi fokus pada paparan LCD yang disediakan.

3. Guru menerangkan tentang subjek dan predikat dan memberi contoh berdasarkan gambar.


1. Murid menjawab berdasarkan pengalaman masing-masing.

2. Murid mendengar

penerangan guru dan menjawab soalan yang dikemukakan.

3. Murid menyenaraikan contoh-contoh subjek  berdasarkan gambar

4.Murid menyebutkan subjek seperti mana contoh yang diberi.

BBM: LCD

Lembaran kerja
( rujuk Lampiran 2)

Langkah 3

10 minit

Membina Ayat Tunggal

Cth:

Haidi
1.Haidi mengambil cawan.
2.Haidi berdiri.

Kakak Haidi
1.kakak Haidi mencuci pinggan.
2.kakak Haidi mencuci mangkuk.
3.Kakak Haidi menggunakan sabun.

1.Guru memberikan tugasan ikut kumpulan dan meminta murid membina ayat tunggal mengikut watak yang diberikan.

2.Guru mengarahkan wakil murid untuk membentangkan  ayat masing-masing di depan kelas.

3.Guru dan murid lain membuat penilaian

4. Guru memaparkan jawapan penuh.


1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk membina ayat tunggal.

2. Wakil murid/ kumpulan murid membacakan jawapan masing-masing.

3.Guru dan murid lain membuat penilaian

4. Murid membacakan ayat secara lisan.

Aktiviti kumpulan

(rujuk lampiran 2)

Langkah 4

15 minit


Kata Hubung

Cth: dan, sambil, sementara, lalu dll












Cth:
1. Haidi mengambil cawan sambil berdiri.
1.kakak Haidi mencuci pinggan dan mangkuk .
2.kakak Haidi sedang mencuci pinggan dan mangkuk dengan sabun.
Dll.



1.Guru memperkenalkan kata hubung dan meminta beberapa orang murid menyebutnya berdasarkan kad perkataan yang mereka pilih.
Guru mengaitkan kata hubung dengan pembentukan Ayat Majmuk.




2. Guru menerangkan erti Ayat Majmuk dan menunjukkan beberapa contoh.

3. Guru sekali lagi meminta murid membina ayat majmuk mengikut kumpulan dan meminta wakil kumpulan membacakan jawapan masing-masing.

4. Guru memaparkan beberapa contoh ayat majmuk yang gramatis dan meminta murid membacanya.


1. Wakil murid memilih kad perkataan dan murid lain menyebutkkannya.


2. Murid membina Ayat Majmuk dalam kumpulan masing-masing berdasarkan watak yang ditetapkan oleh guru.




3. Wakil murid membentangkan jawapan masing-masing.





BBM: Kad perkataan dan LCD


(rujuk Lampiran 2)

























Langkah 5
5 minit

Membina ayat majmuk berdasarkan rajah tukar ganti

1.Guru mengedarkan kertas lembaran kerja rajah tukar ganti dan meminta kumpulan murid membin ayat.


1. Murid membina ayat dan membacakan jawapan masing-masing.

BBM: Kertas lembaran kerja.
(rujuk lampiran 3)
LCD

Langkah 6
5 minit

Aplikasi ayat dalam
unsur bercerita
Tajuk : Kenangan manis sewaktu membantu ibu bapa di rumah.
Cth: mencuci kereta.

1.Guru memilih murid secara rawak untuk
bercerita di hadapan kelas.

2. Guru dan murid memberi pandangan.

3. Guru mencungkil unsur ‘membantu’ yang terdapat dalam cerita yang telah disampaikan.


1. Murid bercerita dan murid lain mendengar
cerita tersebut.

2. Murid membuat perkaitan.


Penutup

7 minit

Menjawab soalan secara bertulis

Rumusan
-Apakah kebaikan membantu keluarga?
-Apakah keburukan kalau kita tidak

membantu orang lain.

Kesimpulannya:
Membantu adalah amalan terpuji yang perlu diamalkan dalam kehidupan kita.
               






1. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja dan meminta murid menjawabnya.

2. Guru bersoaljawab tentang kebaikan amalan terpuji dan

keburukan yang mungkin diterima seandainya kita tidak suka membantu orang lain.

3. Guru merumuskan isi pelajaran dan menyelitkan unsur KBKK serta menggalakan murid membuat aktiviti pengayaan.       

1.Murid menjawab soalan secara bertulis.

2.Murid menjawab soalan guru dan membuat rumusan bersama.             BBM:
Kertas Lembaran Kerja

(rujuk Lampiran 2)





KBKK
rujuk Lampiran 4,5 & 6)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MusicPlaylist